Friday, September 4, 2009

Ampunkan aku Tuhan

Aku banyak berdosa padaMu ya Allah,Aku masih ingat lagi janjiku padaMu Ya Allah.Tetapi aku khianati demi memuaskan nafsuku ya Allah. Aku merasai kematian bakal menjemputku ya Allah..Seluruh tubuhku bergetar..aku bersyukur kepadaMu ya Rabbi,Kau masih lagi sayang kepadaku kerana sentiasa menunjukkanku jalan yang benar.Kadang-kadang aku terfikir bagaimana jika Engkau jauhkan taliMu itu daripadaku?Aku insaf ya Allah,namun godaan syaitan itu sungguh kuat..Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dan membatasi bisikan-bisikan syaitan ya Allah.Ya Allah Engkau berkata bahawasanya Engkau tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan jika Kaum itu mahukannya..Wahai tuhanku andai Engkau ingin ambil nyawaku janganlah Kau ambil nyawaku sebagai seorang yang beriman, sebagai seorang Islam dan sebagai HambaMu yang setia.Ku tahu azabMu amat pedih.Ampunkan aku wahai Tuhanku