Saturday, January 7, 2012

Penternakan Kelulut Siri 2

Assalamualaikum,

Syukur kerana ada yang meminati kelulut di Malaysia. Sukar untuk digambarkan bagaimana sukanya aku bila ramai orang meminati kelulut, untuk makluman pembaca team kelulut MARDI akan mengadakan pameran di HPPNK di Perak (Parit Buntar).pada minggu depan..

Baik berbalik kepada penternakan kelulut perkara yang paling asas adalah mencari sarang kelulut semestinya..setelah itu kayu itu dibelah(kelulut selalunya bersarang dalam batang pokok). Kemudian yang paling penting adalah muncung kelulut itu..jangan dibuang...then masuk dalam kotak..kan senang...untuk lebih lanjut hubungi la saya...heheheheh

Friday, January 6, 2012

Stingless bee in Taman Tropika Kenyir (Food Source)

Assalamualaikum,

The pollen collected by species of Trigona; T. atripes, and T. collina were studied at the Pulau Tekak Besar Tasik Kenyir, from January to July 2011. Pollen loads were sampled from bee baskets of forager bees returning to their colonies using a random sampling. Pollen samples were prepared for analysis by acetolysis and some of the pollen identified using the microscope. In total, 1133 pollen loads f

rom bee baskets of forager bees were identified into 33 plant species of 19 families; Damar hitam katup(Shorea balanocarpoides), Ramin(Gonystylus affinis), Resak keluang(Vatica bella), Putat(Barringtonia racemosa), Minyak berok(Xanthophyllum sp), Merawan bunga(Hopea pubescens), Melunak(Pentace macrophylla) ,Karas(Aquilaria malaccensis) ,Nyatoh(Palaqium gutta), Medang(Cinnamomum sp) ,Kayu Arang(Diospyros argentea), Balau(Shorea sp) ,Kembang Semangkuk Jantung(Scaphium macropodum), Kelat(Syzygium sp), Tulang Daeng(Callerya atropurpurea) , Meranti Rambai Daun(Shorea accuminata), Penaga Lilin(Mesua ferrea), Hampas tebu(Gironniera nervosa), Damar hitam(Shorea multiflora), Mempening(Lithocarpus wallichianus), Rengas(Gluta sp), Mahang(Macaranga gigantia), Balau tembaga(Shorea exelliptica), Meranti tembaga(Shorea leprosula), Meranti melantai(Shorea macroptera), Nipis kulit (Liindenia lauriana) ,Berangan babi(Castanopsis sp), Sesenduk(Endospermum diadenum) ,Geronggang(Cratoxylum arborescens), Meranti kepong(Shorea ovalis), Keruing mempelas(Dipterocarpus crinitus), Meranti pipit(Shorea assamica), Penarahan(Knema hookeriana), and Perah(Elateriospermum tapos). T. collina was by far the most polylectic species collecting 28 plant species, while T. atripes foraged on 25 and T. apicalis 24. This suggests that the T. collina is the most important pollinator in the forest among the three species.

Thursday, January 5, 2012

Stingless bee aka kelulut di Sabah

Assalamualaikum, Pada Disember yang lepas saya berkesempatan untuk ke negeri bawah bayu iaitu Sabah..Menarik di sini kerana tempat-tempat yang begitu mendamaikan dan suasana yang bagus. Namun begitu hasrat utama adalah untuk bercuti, bukan untuk melihat apatah lagi mencari kelulut..tapi sudah dasar meminati kelulut, jadi jika ada kelulut itu yang utama. Destinasi pertama saya menjumpai kelulut adalah di Pekan Nabalu. Pada mulanya buat-buat tak nampak je. Tapi apa kan daya rasa bersalah pulak bila tak tahu spesis apa yang ada di situ. Dengan adanya landskap bunga-bungaan yang banyak, sudah tentu menaikkan keghairahan kelulut untuk mencari nektar di situ..Antara spesis yang dijumpai adalah spesis Trigona terminata (gambar)
Trigona itama, Trigona spp...sebab tak tengok betul-betul masa ni..kecik sangat,buku id pon tak bawak...hehehehe Menariknya kerana kalau di semenanjung spesis ini berada pada kawasan yang sederhana tetapi di Sabah ia boleh berada pada ketinggian pekan Nabalu( tak tau tinggi dia berapa)..Setelah berjumpa kelulut di pekan nabalu, sekali lagi aku jumpa di kawasan zoo lok kawi..Tapi aku rasa orang mesti fikir aku ni rubbish sebab depa pelik aku dok amik gambar kelulut..ok apa sebenarnya..dah namanya pun zoo mesti la ada hidupan liar termasuklah kelulut..kan kelulut tue wild pollinator..hahahaha..Antara suara yang aku sempat dengar..ish apahal dia dok tangkap gambar besi tue..(actually masa tue ada kelulut di kawasan rail besi)..aku dok tangkap depa rasa pelik...hahahahaha...ok pa pengalaman aku sebagai pen peg hidupan liar selama setahun dah buat aku jemu tengok badak, rimau, gajah beruang etc..lain la kalo ada yang pelik2...orang utan lagi la..aku pun masa belajar dulu depa panggil budak hutan.. Berbalik pada cerita kelulut tadi..jika dilihat kelulut yang kecil di sana mempunyai corong(pintu masuk)yang besar berbeza di semenanjung yang kecil..bak kata orang kecik poket kecik la belanja..mandai ja aku...hahha...but its real..from the record i have found Sabah has one species of melipona..so thats its the mission to me to find it..hope its come true..oh yeah..(actually peninsular only has Trigona species) melipona its similar to trigona but different in some part... Thats all for to day..tulis banyak pun bukan hangpa nak baca habis..lenguh jari..hahahaha

Monday, January 2, 2012

Sejarah Kereta Api yang penting (First Railways)

Assalamualaikum, Hari ini saya nak ceritakan tentang satu pakej transborneo di Kota Kinabalu.Menarik tertarik lagi da bomb la. Bagi orang-orang yang menghargai sejarah aku rasa trans borneo adalah salah satu elemen yang perlu diorang ketahui. Trans borneo adalah satu-satunya perkhidmatan keretapi di kepulauan borneo yang meliputi sabah sarawak brunei dan kalimantan. Apa yang menariknya di transborneo ini adalah pakej keretapi cara kolonial dulu yang dipersembahkan. Para pengunjung boleh menaiki tren dari KK ke Beufort dengan menaiki keratapi cara lama iaitu menggunakan stim tak salah aku...boleh lihat gambar..Istimewa sungguh bagi negeri sabah kerana masih memulihara satu sejarah yang ulung aku rasa di Sabah ni..
Kalau di Semenanjung semestinya semua tahu( walau ada yang tak tahu )jalan keretapi yang pertama adalah di Taiping iaitu dari bandar Taiping ke Port weld..Namun begitu apa yang dibuat di Taiping tidak seperti di Sabah..Dari segi sejarah pengangkutan di Taiping ini telah di dokumentasi oleh MR Gana Raj Katharayan (member aku masa belajar) yang membuat mengenai sejarah keretapi ini. Tujuan utama adalah untuk pengangkutan dari Port Weld iaitu satu pelabuhan yang sibuk pada masa itu untuk mengangkut Bijih Timah..Dari Bukit Larut kita boleh melihat satu garis lurus dari bandar Taiping ke Port Weld ataupun Kuala Sepetang Sekarang ini.. Bagi aku kerajaan Negeri Perak perlu membuat satu usaha untuk melindungi nilai sejarah di Taiping ini..Mungkin satu trail ataupun rail keretapi perlu di buat di kawasan kuala sepetang ini. Mungkin bagi kita orang biasa tiada makna tetapi bagi penggemar sejarah mungkin mempunyai makna..Jika tidak mengapa borneo railways boleh maju dalam bidang pelancongan..Mungkin pengalaman menaiki tren old skool akan membuat pengguna lebih memahami mengenai sejarah..Baru-baru ini remaja-remaja dikatakan kurang pengetahuan mengenai sejarah..aku rasa ini lah masanya yang betul..daripada membazir duit kepada bunga api lebih baik dilaburkan dalam bidang pelancongan yang mana akan menguntungkan semua pihak... Back to the future...(satu masa ketika en gana bertemu bual dengan pakcik atan bukan nama sebenar) Antara dialog yang masih lagi teringang-ingang di telinga...("keretapi tue selalu jalan sini 2 kali sehari pagi dan petang pergi dan balik..dia punya bunyi macam nie [bubur kacang..bubur kacang bubur kacang] mengintonasikan dengan bahasa bunyi keretapi..") ini adalah satu bentuk penceritaan yang menarik bagi pakcik atan..dia juga berkata bahawa jepun pun menggunakan rail ini untuk mengeluarkan hasil-hasil kekayaan tanah melayu ke jepun pada waktu penjajahannya.. Selain daripada pakcik atan kami bertemu dengan mejar tokngah..mula-mula kami ingat orang tua ni merapu sebab dia kata dia mejar n dok berjuang bersama orang puteh...then dia cakap macam ni "well my son i hope all of you understood that this country not merdeka by word, but with my blood my strength,and army soul" terkejut kami masa tu..ingatkan dia cakap kosong rupanya betul dia tue mejar....hoohohoho dont judge a book by its cover.. Sudah kot aku merepek ni..hahahha..thats all..tangan pun dah penat..