Friday, January 20, 2012

Lebah itu apa kelulut itu apa..


Assalamualaikum,

Hari ini hari Jumaat yang mulia. Ingin saya kongsikan pendapat saya sebagai seorang yang bergiat dalam bidang ekosistem dan juga entomology.. Lebah itu apa kelulut itu apa. Ada hadis yang mengatakan bahawa jika ingin berubat makanlah madu dan baca Al quran. Saya tidak nafikan bahawa ia adalah sebaik-baik ubat. Tetapi ada sesetengah orang beranggapan bahawa madu itu hanya dari spesis lebah (Apis melifera, Apis cerana). Bila dikatakan bahawa madu kelulut itu juga sama jawapannya yang selalu kita dengar...

"eh bukan kelulut dalam Al Quran mengatakan lebah bukan Kelulut"

"Takda hadis pun cakap pasal kelulut"

Baik saya akan terangkan di sini. Dalam surah An Nahl ayat 68 (And thy Lord taught the Bee to build its cell in hills, on tree, and in (men's) habitations)

Disebut di situ adalah BEE..bermaksud lebah. Untuk menerangkan masalah ini saya akan kupas dari segi taksonomi kelulut itu. Lebah mempunyai spesis yang banyak, tidak terfikir untuk menghafal kesemua ini. Dari segi famili ada sepuluh semuanya..Banyak Bukan??? bagaimana pula dengan Genera???jawapannya 443..dari segi spesis pulak berapa banyak agaknya...beribu jawapannya.. Baik ada beberapa pengkelasan di sini yang mana disebut solitary atau pun sosial bee.. Solitary di maksudkan pada lebah dari jenis bombus ala carpenter bee..bumble bee..sosial bee pula dari jenis lebah yang mempunyai queen,pekerja dan jantan.yang mana satu sarang boleh sehingga 2000 individu.

Baik kelulut dan lebah madu tergolong dalam kumpulan sosial bee ini..Tetapi terdapat citation mengatakan bahawa kelulut adalah di bawah eusosial bee..apakah itu??tidak perlu terang rasanya..nanti kompius pulak..Baik kedua-dua family ini mengeluarkan madu yang sama. Cuma rasa agak berlainan. Selain daripada itu dari segi khasiat pula kedua-dua mempunyai nilai yang tinggi. Jadi apa masalahnya dengan madu??Kedua duanya madu..

Jika dikatakan kelulut tidak di sebut di dalam Al Quran, apa yang di maksudkan "Builts its cell in hills, on tree and in Mens habitations" Bukankah kelulut juga membuat sarang di pohon kayu, dan lebih lagi di rumah-rumah. Jadi apa pendapat anda???Tidak kah itu dinyatakan di dalam Al Quran. Dalam surah yang sama ayat ke 69 pula kita boleh kaitkan dengan kelulut juga..Bukankah kelulut itu spesis agen pendebunga juga. disebut

("then eat of all the produce (Of the earth), and find with skills in the spacious paths of its Lord: There issues from within their bodies a drink of varying colour, wherein is healing for men: verily in this is Sign for those who give thought").

Jadi adakah ia sama atau lain pada pendapat anda? Lihat gambar