Thursday, January 28, 2010

Khasiat Madu

Assalamualaikum,

Madu! ada yang mengatakan manis ada yang mengatakan masam dan ada kalanya masin..Ya itu semuanya benar mengapa situasi ini berlaku?.Madu yang manis selalunya diperoleh dari lebah yang berada di kawasan daratan dan pergunungan. Sebaliknya kelulut menghasilkan madu yang masam, namun begitu perbezaan khasiat antara madu kelulut dan lebah masih lagi dalam kajian. Manakala madu masin pula adalah disebabkan oleh faktor sarang lebah itu sendiri. Sebagai contoh koloni lebah yang membuat sarang di kawasan perairan pantai seperti di kawasan hutan bakau, madunya terasa masin sedikit..

Tidak kisah lah lasin mahupun masam ataupun manis yang penting ianya diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai penyembuh
Firman Allah

Tafsirnya:
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Surah An-Nahl: Ayat 69

ayat ini disokong dengan..

Hadis Rasullah s.a.w.

Maksudnya:
"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

oleh itu marilah bersama mengkaji hal berkaitan madu ini..

tidak akan habis ilmu dikaji sampai mati