Thursday, March 14, 2013

Perjalanan Hidup Mati Lebah Kelulut

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Topik kali ini nak kabo sedikit pasai apa sebenarnya yang terjadi ataupun kisah sebalik kejayaan lebah kelulut. Saya graduate dalam bidang yang berlainan dengan pertanian.Namun itu bukan isu sebenarnya kerana ilmu itu boleh dipelajari. Tahun pertama bekerja ada sedikit nasihat dari seorang senior "saya suka jika kamu ikut projek kenyir" pada waktu itu TTK baru sahaja berjalan. Dari titik itu saya diperkenalkan dengan Ketua Projek TTK (KP TTK). dan dari situ saya dapat beberapa kelebihan kerana di TTK saya boleh berbincang dengan beberapa Doktor2 mengenai lebah kelulut.

Bermula dari situ juga saya cuba untuk memecah koloni lebah kelulut. Dan dari sumber kewangan TTK yang kukuh saya membeli berpuluh koloni lebah kelulut. Dari situ jugalah bermula era lebah kelulut untuk diri saya. Dan dari sini jugalah banyak anasir2 luar yang melihat saya sebagai ancaman, walaupun bukan bidang si dia. Pertama kali halangan adalah mengenai peranan saya di tempat kerja sehinggakan di ceramahnya saya di bawah pokok. "Kamu kena tahu sebab apa kami ambil kamu kerja"..ayat yang agak pedih pada waktu itu..dalam hati "hang nak aku buat keja yang hang nak tapi hang duit kedekut".itu yang aku katakan dalam hati. Namun episod ini tidak berlaku begini sahaja.

Isu Taman Tropika Kenyir
emm..berbagai pertanyaan yang diajukan kepada aku dalam isu ini. "mu g kenyir buat pa" "sy rasa itu bukan u punya priority kerja". kadang-kadang aku malas nak jawab pelbagai pertanyaan ini. iye la projek 7 juta sapa-sapa pun nak. Bagi aku ini peluang bagi aku orang muda untuk meluaskan pencarian ilmu, tapi bagi yang tua ia satu ancaman. Hai orang tua, kamu sering katakan orang itu salah kerana itu ini, tapi sedarlah kamu bukannya baik. Tapi bak kata ustaz kazim jika kita diuji maka kita betul.Thank you ustaz kazim atas nasihat. Setelah ketua TTK nampak adanya impak projek ini pada negara dan institusi, maka bermula lah marketing strategi untuk meluaskan pengaruh. Lebih malang lagi pada tahun itu teman mendapat markah skt 74% wahhhh..macam tak buat keja saya ni..(dalam hati kalau teman nampak you susah teman wat tatau je)..tapi sampai sekarang teman tak layan pun warga tua ni..ni dengar ni (bila kita dah retired kita kena faham prinsip roda hamster...kita di atas semasa ada kuasa,,,namun bila dah pencen di bawah..dan hamster itu slow je bang)

Bermulanya Lebah Kelulut di Laman akhbar.

Ketua TTK bukan calang-calang orangnya, sehingga satu hari beliau berkata "kamu dah ready jika saya panggil akhbar?" dan kata saya, bawak datang sapa pun saya tak heran dengan nada gurauan. Namun ia bukan kata-kata kosong esoknya wartawan utusan datang (miss khairunnisa) menemu ramah saya.Syukur lebah kelulut masuk dada akhbar, bangga family bila anak masuk akhbar..Kat kampung yang mana pembangkang pun beli utusan..hahahahahaha..setelah itu ada lagi dugaan. (ada warga tua bertanya "U masuk paper Ketua Pengarah tau dak"?..emmm satu lagi nasihat untuk warga tua (you kalau nak berjaya kena berani kerana benar, dulu you cakap you dipinggirkan oleh pihak lain sebabkan itu you yang buat, jadi apa yang saya buat adalah untuk institusi juga).

So apa ceritanya selepas itu???banyak akhbar datang untuk membuat liputan sehingga ada beberapa senior mengatakan itu kerja dia...hahahahahahahak..takpa cool je you nak cakap u boleh saja....Setelah itu tanpa diduga senior pertama berjaya menjadi big boss teman..adehhhh..dan lebih menyakitkan lagi teman dipanggil oleh beliau dengan kata-kata "you buat apa sekarang?"..teman idak juga jawab.. ditanya lagi ("you dah macam tak focus i lihat?")...teman senyap lagi bak kata askar silence mean security..hahahaha..dan satu lagi soalan yang menggoncang jiwa muda ("i rasa apa yang you buat dengan DIA(seorang kawan senior) sama je di TTK?) dan teman jawab ye ok..dan dia tak leh nak kata apa...teman dah paham sudah dengan kamu bohh..kalo lawan maknanya lagi panjang cerita..sehingga dia kata..i rasa kelulut bukan kerja u tapi kerja DIA...emmm i cakap ok,,,satu perkara yang teman nak mengamuk ialah dia mengungkit "you kena sedar yang i amik you kerja" wah wah wah wah...then buat muka selenge..lepas tu di sambung lagi, u kena ingat nanti ada eksesais kenaikan pangkat nanti susah you nak naik pangkat...i cakap ok...hahahahaha dia ckp ok itu je (wahai pakcik dan datok dengar sini teman nak cakap "rezeki bukan di tangan kamu tapi tuhan, dan kamu bukan mengambil saya bekerja tetapi kamu adalah perantara untuk saya bekerja") Pahe dok muh nih????mu kan belajar agama tinggi.

Kejayaan Lebah Kelulut
Melihat lebah kelulut berada di landasan yang betul dan buat pertama kali kursus lebah kelulut berjalan, pakcik yang tadi tu nampak ada potensi untuk beliau naik pangkat lagi dengan menggunakan teman..emmm nasib....nanti kalo rajin teman cakap pasal hal lain plak..berkenaan tatabahasa mengagumkan atau mengkagumkan..

Sunday, March 10, 2013

Perjalanan Lebah Kelulut

Assalamualikum,

Tahun ini merupakan tahun yang agak sibuk bagi menjelaskan lagi peranan lebah kelulut kepada rakyat Malaysia. Bermula dengan kursus penternakan lebah kelulut pada februari kemudian seminar biotek kelantan, seminar husm..habis buat waktu ini.

Namun begitu DOA sarawak mengundang kembali untuk kursus di negeri brooke itu pada 12-13 mac ini. Wahh agak sibuk..the next week adalah kursus lebah kelulut di MARDI pula pada 19-20 mac..21 mac pula akan ke MARDI KK untuk dialog teknologi bersama rakyat sabah..balik ke semenanjung 1 lagi kursus akan menanti pada 26-27 mac..

Tak boleh nak rilek..tapi apakan daya demi bangsa dan negara. Prinsip saya mudah gaji saya rakyat yang bayar. Jadi saya kena kembalikan balik..Untuk sesiapa yang ingin berjumpa dan berbincang boleh datang pada tarikh ini...

Nantikan penemuan lebah kelulut mendebungakan durian (unsang heroes)

Lebah Kelulut dan Al Quran.


Assalamualaikum,

Merujuk kepada lebah orang akan merujuk kepada surah An-Nahl ayat 68-69..Tetapi lebih utama lagi pada ayat yang ke 69 yang bermaksud

"Kemudian makanlah dari segala (Macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir"

Merujuk ayat ini kenyataan pertama adalah makanlah segala buah-buahan..Dari segi pertanian buah tidak akan terjadi jika pendebungaan tidak berlaku. Selain itu lebah kelulut juga merupakan agen pendebunga yang utama di dalam negara. banyak cakap pulak saya nih..kesimpulannya yang boleh saya katakan di sini..Fungsi utama lebah kelulut adalah untuk proses pendebungaan. Yang kedua barulah madu. Kebanyakkan orang akan merujuk kepada kata-kata barat "tanpa lebah manusia akan hidup selama 4 tahun sahaja" namun bagi seorang islam ikutlah dan fahamilah Al-Quran kerana jika tiadanya lebah kelulut maka bunga tidak dapat didebungakan sebagaimana ia merupakan makanan bagi sang lebah, Ini adalah kata-kata Al-quran kalamullah..bukan saya yang cakap

Ada orang mengatakan setakat copy dan paste ayat Al Quran saja tak payah la? Malang bagi orang ini kerana Al-Quran adalah ayat peringatan dan patut dikongsi. Ia bukannya dibuat-buat oleh manusia..inilah tanda-tanda manusia sudah jauh dari Al-Quran..

Saya sering mendengar penceramah mengatakan bahawa "jika ingin sesuatu yang di buat itu kekal maka berpandulah Al-Quran" itu yang saya cuba lakukan sekarang. Kerana amat malang ilmu-ilmu Islam ini di ambil oleh orang bukan Islam. Selain itu saya cukup terkesan apabila orang mengatakan mana mungkin lebah kelulut mendebungakan durian. Rujuk balik ayat 69 ini.

Cukup sekadar perkongsian ini.