Sunday, March 10, 2013

Lebah Kelulut dan Al Quran.


Assalamualaikum,

Merujuk kepada lebah orang akan merujuk kepada surah An-Nahl ayat 68-69..Tetapi lebih utama lagi pada ayat yang ke 69 yang bermaksud

"Kemudian makanlah dari segala (Macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir"

Merujuk ayat ini kenyataan pertama adalah makanlah segala buah-buahan..Dari segi pertanian buah tidak akan terjadi jika pendebungaan tidak berlaku. Selain itu lebah kelulut juga merupakan agen pendebunga yang utama di dalam negara. banyak cakap pulak saya nih..kesimpulannya yang boleh saya katakan di sini..Fungsi utama lebah kelulut adalah untuk proses pendebungaan. Yang kedua barulah madu. Kebanyakkan orang akan merujuk kepada kata-kata barat "tanpa lebah manusia akan hidup selama 4 tahun sahaja" namun bagi seorang islam ikutlah dan fahamilah Al-Quran kerana jika tiadanya lebah kelulut maka bunga tidak dapat didebungakan sebagaimana ia merupakan makanan bagi sang lebah, Ini adalah kata-kata Al-quran kalamullah..bukan saya yang cakap

Ada orang mengatakan setakat copy dan paste ayat Al Quran saja tak payah la? Malang bagi orang ini kerana Al-Quran adalah ayat peringatan dan patut dikongsi. Ia bukannya dibuat-buat oleh manusia..inilah tanda-tanda manusia sudah jauh dari Al-Quran..

Saya sering mendengar penceramah mengatakan bahawa "jika ingin sesuatu yang di buat itu kekal maka berpandulah Al-Quran" itu yang saya cuba lakukan sekarang. Kerana amat malang ilmu-ilmu Islam ini di ambil oleh orang bukan Islam. Selain itu saya cukup terkesan apabila orang mengatakan mana mungkin lebah kelulut mendebungakan durian. Rujuk balik ayat 69 ini.

Cukup sekadar perkongsian ini.

No comments:

Post a Comment