Thursday, March 14, 2013

Perjalanan Hidup Mati Lebah Kelulut

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Topik kali ini nak kabo sedikit pasai apa sebenarnya yang terjadi ataupun kisah sebalik kejayaan lebah kelulut. Saya graduate dalam bidang yang berlainan dengan pertanian.Namun itu bukan isu sebenarnya kerana ilmu itu boleh dipelajari. Tahun pertama bekerja ada sedikit nasihat dari seorang senior "saya suka jika kamu ikut projek kenyir" pada waktu itu TTK baru sahaja berjalan. Dari titik itu saya diperkenalkan dengan Ketua Projek TTK (KP TTK). dan dari situ saya dapat beberapa kelebihan kerana di TTK saya boleh berbincang dengan beberapa Doktor2 mengenai lebah kelulut.

Bermula dari situ juga saya cuba untuk memecah koloni lebah kelulut. Dan dari sumber kewangan TTK yang kukuh saya membeli berpuluh koloni lebah kelulut. Dari situ jugalah bermula era lebah kelulut untuk diri saya. Dan dari sini jugalah banyak anasir2 luar yang melihat saya sebagai ancaman, walaupun bukan bidang si dia. Pertama kali halangan adalah mengenai peranan saya di tempat kerja sehinggakan di ceramahnya saya di bawah pokok. "Kamu kena tahu sebab apa kami ambil kamu kerja"..ayat yang agak pedih pada waktu itu..dalam hati "hang nak aku buat keja yang hang nak tapi hang duit kedekut".itu yang aku katakan dalam hati. Namun episod ini tidak berlaku begini sahaja.

Isu Taman Tropika Kenyir
emm..berbagai pertanyaan yang diajukan kepada aku dalam isu ini. "mu g kenyir buat pa" "sy rasa itu bukan u punya priority kerja". kadang-kadang aku malas nak jawab pelbagai pertanyaan ini. iye la projek 7 juta sapa-sapa pun nak. Bagi aku ini peluang bagi aku orang muda untuk meluaskan pencarian ilmu, tapi bagi yang tua ia satu ancaman. Hai orang tua, kamu sering katakan orang itu salah kerana itu ini, tapi sedarlah kamu bukannya baik. Tapi bak kata ustaz kazim jika kita diuji maka kita betul.Thank you ustaz kazim atas nasihat. Setelah ketua TTK nampak adanya impak projek ini pada negara dan institusi, maka bermula lah marketing strategi untuk meluaskan pengaruh. Lebih malang lagi pada tahun itu teman mendapat markah skt 74% wahhhh..macam tak buat keja saya ni..(dalam hati kalau teman nampak you susah teman wat tatau je)..tapi sampai sekarang teman tak layan pun warga tua ni..ni dengar ni (bila kita dah retired kita kena faham prinsip roda hamster...kita di atas semasa ada kuasa,,,namun bila dah pencen di bawah..dan hamster itu slow je bang)

Bermulanya Lebah Kelulut di Laman akhbar.

Ketua TTK bukan calang-calang orangnya, sehingga satu hari beliau berkata "kamu dah ready jika saya panggil akhbar?" dan kata saya, bawak datang sapa pun saya tak heran dengan nada gurauan. Namun ia bukan kata-kata kosong esoknya wartawan utusan datang (miss khairunnisa) menemu ramah saya.Syukur lebah kelulut masuk dada akhbar, bangga family bila anak masuk akhbar..Kat kampung yang mana pembangkang pun beli utusan..hahahahahaha..setelah itu ada lagi dugaan. (ada warga tua bertanya "U masuk paper Ketua Pengarah tau dak"?..emmm satu lagi nasihat untuk warga tua (you kalau nak berjaya kena berani kerana benar, dulu you cakap you dipinggirkan oleh pihak lain sebabkan itu you yang buat, jadi apa yang saya buat adalah untuk institusi juga).

So apa ceritanya selepas itu???banyak akhbar datang untuk membuat liputan sehingga ada beberapa senior mengatakan itu kerja dia...hahahahahahahak..takpa cool je you nak cakap u boleh saja....Setelah itu tanpa diduga senior pertama berjaya menjadi big boss teman..adehhhh..dan lebih menyakitkan lagi teman dipanggil oleh beliau dengan kata-kata "you buat apa sekarang?"..teman idak juga jawab.. ditanya lagi ("you dah macam tak focus i lihat?")...teman senyap lagi bak kata askar silence mean security..hahahaha..dan satu lagi soalan yang menggoncang jiwa muda ("i rasa apa yang you buat dengan DIA(seorang kawan senior) sama je di TTK?) dan teman jawab ye ok..dan dia tak leh nak kata apa...teman dah paham sudah dengan kamu bohh..kalo lawan maknanya lagi panjang cerita..sehingga dia kata..i rasa kelulut bukan kerja u tapi kerja DIA...emmm i cakap ok,,,satu perkara yang teman nak mengamuk ialah dia mengungkit "you kena sedar yang i amik you kerja" wah wah wah wah...then buat muka selenge..lepas tu di sambung lagi, u kena ingat nanti ada eksesais kenaikan pangkat nanti susah you nak naik pangkat...i cakap ok...hahahahaha dia ckp ok itu je (wahai pakcik dan datok dengar sini teman nak cakap "rezeki bukan di tangan kamu tapi tuhan, dan kamu bukan mengambil saya bekerja tetapi kamu adalah perantara untuk saya bekerja") Pahe dok muh nih????mu kan belajar agama tinggi.

Kejayaan Lebah Kelulut
Melihat lebah kelulut berada di landasan yang betul dan buat pertama kali kursus lebah kelulut berjalan, pakcik yang tadi tu nampak ada potensi untuk beliau naik pangkat lagi dengan menggunakan teman..emmm nasib....nanti kalo rajin teman cakap pasal hal lain plak..berkenaan tatabahasa mengagumkan atau mengkagumkan..

1 comment:

  1. salam bos.. kita ada berjumpa di belantek baru2 ni.. saya tengah giat mencari benih kelulut sekarang ni.. ada rezeki kita jumpa lagi..

    ReplyDelete