Tuesday, October 6, 2009

Kelulut di Selangor

Setelah melakukan beberapa pembacaan di journal-journal dan juga buku-buku yang berkaitan dapat disimpulkan disini bahawa pada zaman 1900 di selangor sahaja terdapat 23 spesies kelulut telah direkodkan. Antara daerah ataupun kawasan yang telah direkod adalah di Jalan Tanglin Kuala Lumpur. Kalau sekarang nie berdekatan dengan Taman Tasik Perdana la. Selain itu Bukit Kutu merupakan kawasan persampelan yang paling kerap di ambil dan juga kawasan yang mempunyai kepelbagaian spesies kelulut yang tinggi.Antara spesies yang terdapat di Bukit Kutu adalah seperti Trigona itama, T. erythrogastra, T. Canifrons, T. fimbriata, T. thoracica, T.iridipennis, T. geissleri, T. atripes smith, T. atripes var collina, T. apicalis var smith, T. apicalis var melanoleuca, T. scintillans, T. pendleburyi, T. nitidiventris var smith, T. terminata dan T. terminata var latebalteata. Selain daripada Hutan Simpan Kanching selangor menjadi sumber persampelan pada ketika itu. Dari segi diversitinya memang begitu banyak berbanding pada masa ini. Pada bulan ogos yang lalu saya berkesempatan menyertai Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Ayer Hitam. Daripada persampelan yang telah saya lakukan di kompartmen 13 sebanyak 5 spesies telah berjaya saya temui iaitu T. atripes smith, T.thoracica, T. itama, dan dua lagi yang belum di analisa dan dikenalpasti. 30 individu dari T. thoracica, 25 individu dari T. atripes, 22 dari T. itama telah berjaya ditangkap menggunakan kaedah net sweeping dan juga honey solution bite. secara kesimpualnya di sini dari segi diversitynya spesies kelulut telah menurun akibat dari pembangunan yang pesat di Selangor