Thursday, October 1, 2009

Pilihanraya Bagan Pinang

Adakah PAS ataupun UMNO yang akan memenangi pilihanraya kali ini?Umno sudah banyak kali tersungkur di tangan pembangkang yang mana menggunakan teknik-teknik terbaik semasa pilihanraya. Namun begitu kes undi pos masih lagi diragui oleh pihak pas.Bagi saya jika apa yang diperjuangkan oleh Pas selama ini adalah betul maka mereka tidak perlu takut dengan apa jua cabarannya. "kebenaran tetap akan datang" apa yang ingin dikomen disini adalah jika Pas atau UMNO berada di pihak yang benar maka rakyat akan memilih yang benar.Tidakkah kita sedar terutamanya umat Islam apabila mendirikan solat selalu berdoa agar Allah menunjukkan jalan yang benar. Jika kita yakin InsyAllah Allah akan membalasnya.Jika tidak hari ini mungkin hari lain.UMNO pula masih berdepan dengan calon yang berlatarbelakangkan rasuah.Tetapi di sini apabila difikirkan jika beliau telah sedar kesilapannya maka mengapa tidak boleh di beri peluang kedua??

Hari raya belum berakhir

Hari raya sudahpun lepas namun apa yang dikatakan sebagai raya bagi umat Islam. Raya telah dibahagikan kepada dua kegembiraan.Yang mana yang pertama adalah kegembiraan berhari raya tanpa merasa diri mendapat kurniaan dari Allah.Apa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang berpuasa tetapi sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. situasi ini kita dapat lihat di Malaysia sendiri, walaupun berpuasa tetapi maksiat tetap dilakukan juga.Kehormatan diri juga tidak dijaga. Ulamak-ulamak banyak mengatakan bahawa semasa dekat waktu berbuka kita ditegah untuk bersiar-siar.Ini kerana takut jika pahala puasa berkurang apabila melihat sesuatu yang bukan hak kita. Demikianlah jika kita lihat di bazar ramadhan masih ramai lagi yang berpakaian menjolok mata. Ada juga pada bulan puasa ini amalannya tidak dipertingkat untuk mendapat keredhaan Allah. Maka orang inilah yang disebut sebagai mendapat kegembiraan sekadar gembira.Kegembiraan yang kedua adalah kegembiraan orang yang menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan beramal dan menyucikan diri. Hal ini adalah apabila mereka menghidupkan malam-malam di bulan ramadhan dengan membaca Al-Quran,berqiamullail dan juga membuat amalan-amalan soleh. Maka fikir-fikirlah kegembiraan yang mana kita dapat