Thursday, October 1, 2009

Hari raya belum berakhir

Hari raya sudahpun lepas namun apa yang dikatakan sebagai raya bagi umat Islam. Raya telah dibahagikan kepada dua kegembiraan.Yang mana yang pertama adalah kegembiraan berhari raya tanpa merasa diri mendapat kurniaan dari Allah.Apa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang berpuasa tetapi sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. situasi ini kita dapat lihat di Malaysia sendiri, walaupun berpuasa tetapi maksiat tetap dilakukan juga.Kehormatan diri juga tidak dijaga. Ulamak-ulamak banyak mengatakan bahawa semasa dekat waktu berbuka kita ditegah untuk bersiar-siar.Ini kerana takut jika pahala puasa berkurang apabila melihat sesuatu yang bukan hak kita. Demikianlah jika kita lihat di bazar ramadhan masih ramai lagi yang berpakaian menjolok mata. Ada juga pada bulan puasa ini amalannya tidak dipertingkat untuk mendapat keredhaan Allah. Maka orang inilah yang disebut sebagai mendapat kegembiraan sekadar gembira.Kegembiraan yang kedua adalah kegembiraan orang yang menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan beramal dan menyucikan diri. Hal ini adalah apabila mereka menghidupkan malam-malam di bulan ramadhan dengan membaca Al-Quran,berqiamullail dan juga membuat amalan-amalan soleh. Maka fikir-fikirlah kegembiraan yang mana kita dapat

No comments:

Post a Comment