Thursday, December 8, 2011

Kelulut (trigona atripes)

ini namanya Trigona atripes..hari ni ada satu keadaan yang mana aku rasa perlu aku ceritakan di sini. Kenapa terlampau skeptical dengan apa yang orang buat????sebagai seorang yang bergiat dalam bidang kelulut ni aku rasa aku betul dalam semua perkara..hahahah tak la just joking..just know what i'm doing..someone ask me today..what do you mean by netted structure??then i don't know what to explain..and when i klentong2 they said "that is rain shelter la". When i ask the same questions to the expert i guess..he said that stupid answer they told to you..hahahaha...just percaya ajela they are VK7..the thing that i suppose to be geram is they condemn me about my research. In pollination industry when we compare human and insect..normally insect give the high quality..when i show it to them the said impossible..these people tak percaya apa kelebihan yang diberikan oleh Allah pada serangga..tambah lagi kelulut..takkan la manusia boleh pollinated lebih dari manusia...when i said this stingless bee can pollinated and give 744 fruit per month compared to human 465.. this is my finding...rock melon its my 2nd test actually, the first is carambola... but i'm realize maybe bukan rezeki saya pada kali ini. yang penting kena percaya percaturan Allah.

Khasiat madu kelulut

Malaysia merupakan salah sebuah negara tropika yang kaya dengan kepelbagaian spesies kelulut. Direkodkan sebanyak 33 spesies kelulut terdapat di Malaysia(Schwarz, 1939). Kelulut merupakan spesis lebah yang tidak mempunyai sengat. Namun begitu penemuan kajian terkini menunjukkan agen pendebunga sedang berkurangan, di antara beberapa sebab adalah pengurangan habitat daripada pembukaan kawasan hutan, penggunaan racun secara berleluasa dan ketidakseimbangan habitat. Penurunan kepelbagaian serangga terutamanya lebah secara tidak langsung menggugat bekalan makanan dunia amnya. Selain daripada menjadi agen pendebunga, kelulut secara tidak langsung memberi manusia faedah dari hasil yang dikutip semasa proses pendebungaan. Kajian yang dilakukan di Mardi menunjukkan kelulut boleh mendebungakan pelbagai jenis dan saiz bunga. Ini kerana morphologi kelulut itu mempunyai tiga saiz iaitu besar (Trigona thoracica), sedang (Trigona itama) dan kecil (Trigona irridepennis smith). Trigona thoracica Trigona itama Trigona irridepennis smith Bee bread ( Roti lebah), Propolis dan madu merupakan tiga daripada hasil yang boleh memberi manfaat kepada manusia. Kelulut berlainan daripada spesis lebah madu kerana ia menghasilkan lebih banyak propolis berbanding madu. Daripada kajian yang dilakukan di Mardi selain daripada nektar, kelulut juga mengambil damar pokok sebagai makanan dan juga pertahanan untuk sarang. Oleh itu tidaklah hairan jika penjagaan satu koloni kelulut lebih mudah dari lebah madu kerana sumber makanannya tidak terhad kepada nektar sahaja. Apakah itu bee bread? Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran pollen dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi. Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari HUSM telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya. Keadaannya lebih mudah dihadam berbanding polen memberikan satu lagi markah kepada bee bread ini berbanding polen. Perbandingan dengan lebah madu pula, bee bread yang dihasilkan oleh spesis kelulut ini lebih banyak serta pengambilan bee bread daripada sarang kelulut tidak akan menjejaskan koloni kelulut berbanding lebah madu yang mana akan menurunkan populasi. Selain dari bee bread propolis juga tidak ketinggalan dari segi memberikan khasiat kepada manusia. Propolis merupakan damar-damar pokok yang telah diolah oleh kelulut untuk menjadi pertahanan di dalam sarangnya. Ia digunakan untuk melindungi telur-telur kelulut selain mengelakkan musuh menceroboh masuk. Akan tetapi keadaan tekstur dan warnanya agak kelihatan menjijikkan sering dipandang serong oleh manusia oleh kerana warnanya kehitaman. Dari segi penghasilan propolis ini hanya boleh dilakukan oleh kelulut yang telah matang sahaja. Khasiat dari propolis sangat tinggi berbanding bee bread dan juga madu. Sebagai contoh green propolis yang diagungkan oleh negara Brazil yang mengatakan bahawa ia adalah propolis terbaik. Green propolis dihasilkan daripada getah pokok yang diberi nama Baccharis dracunculifolia. Seperti yang diketahui damar mempunyai bioflavonoids dan juga polifenols yang tinggi. Peranan kedua-dua khasiat ini yang mempunyai anti-oksida yang tinggi memberikan nilai tambah kepada propolis. Kajian telah dilakukan keatas propolis ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Sifat antibakteria, antifungus dan juga antivirus memberikan keistimewaan kepada produk ini dari segi perubatan. Ramai pengamal rawatan menggunakan propolis dalam menyembuhkan penyakit seperti penyakit diabetes mellitus, stroke, hepatitis, kanser, hipertensi, tuberkulosis, batu karang termasuk juga HIV/AIDS. Gambar menunjukkan bagaimana damar diambil dari pokok untuk di jadikan propolis Madu merupakan hasil yang tidak asing lagi daripada produk lebah madu, begitu juga dengan kelulut. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak 300 g/g berat kering. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid. Teknik pengekstrakan asid fenolik bebas dalam madu kelulut melibatkan pengekstrakkan menggunakan pelarut etil asetat dan analisa menggunakan alat kromatografi gas spektrometer jisim (GC-MS). Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium. Kajian ini menggunakan madu dari lebah tualang, bagaimana pula jika ianya dijalankan dengan menggunakan lebah kelulut? Mungkin ia lebih baik berikutan dari hasil perbandingan antara madu import dan juga madu lebah kelulut oleh MARDI. Dari segi ekonomi lebah kululut dapat memberi sumber pendapatan yang lumayan kepada penternaknya. Sebagai contoh di indonesia dengan memiliki 100 koloni lebah kelulut yang mana dapat dituai sebanyak empat kali setahun. Satu tuaian akan menghasilkan (2-5) kg madu, (1-2) kg bee bread dan (400-800)g propolis. Dalam satu tahun petani akan dapat meraih pendapatan sekitar RM 628-RM 1776 untuk satu koloni (Jadual 1). Jadual 1 Hasil pendapatan untuk satu koloni setahun 1 Madu = 4 kali tuai X (2-5)kg @ RM 80 RM (640-1,600) 2 Bee Bread = 4 kali tuai X (1-2)kg @ RM 75 RM (300- 600) 3 Propolis = 4 kali tuai X (0.4-0.8)kg @ RM 180 RM (288-576) Jumlah RM (628-1776) Sehubungan dengan itu dapat disimpulkan bahawa khasiat yang dibekalkan oleh lebah kelulut memberi impak yang lebih besar daripada lebah madu. Selain daripada menjadi agen pendebunga kepada kebanyakan tumbuhan ia mampu memberi sumber khasiat dan pendapatan kepada manusia.