Monday, January 2, 2012

Sejarah Kereta Api yang penting (First Railways)

Assalamualaikum, Hari ini saya nak ceritakan tentang satu pakej transborneo di Kota Kinabalu.Menarik tertarik lagi da bomb la. Bagi orang-orang yang menghargai sejarah aku rasa trans borneo adalah salah satu elemen yang perlu diorang ketahui. Trans borneo adalah satu-satunya perkhidmatan keretapi di kepulauan borneo yang meliputi sabah sarawak brunei dan kalimantan. Apa yang menariknya di transborneo ini adalah pakej keretapi cara kolonial dulu yang dipersembahkan. Para pengunjung boleh menaiki tren dari KK ke Beufort dengan menaiki keratapi cara lama iaitu menggunakan stim tak salah aku...boleh lihat gambar..Istimewa sungguh bagi negeri sabah kerana masih memulihara satu sejarah yang ulung aku rasa di Sabah ni..
Kalau di Semenanjung semestinya semua tahu( walau ada yang tak tahu )jalan keretapi yang pertama adalah di Taiping iaitu dari bandar Taiping ke Port weld..Namun begitu apa yang dibuat di Taiping tidak seperti di Sabah..Dari segi sejarah pengangkutan di Taiping ini telah di dokumentasi oleh MR Gana Raj Katharayan (member aku masa belajar) yang membuat mengenai sejarah keretapi ini. Tujuan utama adalah untuk pengangkutan dari Port Weld iaitu satu pelabuhan yang sibuk pada masa itu untuk mengangkut Bijih Timah..Dari Bukit Larut kita boleh melihat satu garis lurus dari bandar Taiping ke Port Weld ataupun Kuala Sepetang Sekarang ini.. Bagi aku kerajaan Negeri Perak perlu membuat satu usaha untuk melindungi nilai sejarah di Taiping ini..Mungkin satu trail ataupun rail keretapi perlu di buat di kawasan kuala sepetang ini. Mungkin bagi kita orang biasa tiada makna tetapi bagi penggemar sejarah mungkin mempunyai makna..Jika tidak mengapa borneo railways boleh maju dalam bidang pelancongan..Mungkin pengalaman menaiki tren old skool akan membuat pengguna lebih memahami mengenai sejarah..Baru-baru ini remaja-remaja dikatakan kurang pengetahuan mengenai sejarah..aku rasa ini lah masanya yang betul..daripada membazir duit kepada bunga api lebih baik dilaburkan dalam bidang pelancongan yang mana akan menguntungkan semua pihak... Back to the future...(satu masa ketika en gana bertemu bual dengan pakcik atan bukan nama sebenar) Antara dialog yang masih lagi teringang-ingang di telinga...("keretapi tue selalu jalan sini 2 kali sehari pagi dan petang pergi dan balik..dia punya bunyi macam nie [bubur kacang..bubur kacang bubur kacang] mengintonasikan dengan bahasa bunyi keretapi..") ini adalah satu bentuk penceritaan yang menarik bagi pakcik atan..dia juga berkata bahawa jepun pun menggunakan rail ini untuk mengeluarkan hasil-hasil kekayaan tanah melayu ke jepun pada waktu penjajahannya.. Selain daripada pakcik atan kami bertemu dengan mejar tokngah..mula-mula kami ingat orang tua ni merapu sebab dia kata dia mejar n dok berjuang bersama orang puteh...then dia cakap macam ni "well my son i hope all of you understood that this country not merdeka by word, but with my blood my strength,and army soul" terkejut kami masa tu..ingatkan dia cakap kosong rupanya betul dia tue mejar....hoohohoho dont judge a book by its cover.. Sudah kot aku merepek ni..hahahha..thats all..tangan pun dah penat..

1 comment:

  1. Salam admin. Kalau masih incontact dengan MR Gana Raj Katharayan boleh tak bagi saya contact nombor dia,. saya perlukan utk sesi interview suratkhabar. TQ . Halim 019-2677301

    ReplyDelete