Thursday, April 15, 2010

Makanan Kita Semakin Habis

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keratan akhbar bahawa bangkai gajah dilapah untuk dimakan, ini menunjukkan bahawa bekalan makanan dunia diambang kepupusan.Bagaimana hidup jika makanan sudah berkurangan.Kita selalu mengeluh apabila harga minyak naik.Untuk kereta kalau boleh kita sediakan yang terbaik, namun untuk diri sendiri selalunya low class.
Apakah sebabnya dunia menghadapi krisis ini? salah satunya semestinya peranan agen pendebunga semulajadi telah diabaikan oleh manusia.

Thursday, April 8, 2010

Declining of Pollinator

Stinglees bees (Trigona sp) in Selangor, Malaysia are threatened by agricultural and changes land use that limit their food resources, alter their reproductive habitats and increase their mortality. Various species may disappear before their importance for regional agricultural productivity and ecosystems maintenance is known. In order to assess their assemblages a study was conducted in Ayer Hitam Forest reserve, Templer Park Forest Reserve and Selangor Fruit Valley. This study focused on of arthropod pollinator (Trigona sp.) species in Selangor. Two method were used to examine the declining of pollinator in Selangor namely by visually count method and bait method. Results indicated total 365 individual was captured. Among this, 5 species of Trigona sp. have been recorded and identified. Two species Trigona thoracica and Trigona itama are commonly shown at sampled area. However, this 2 forest is still under recovering process. The forest is secondary forest and was logged between 1936 and 1954 compare to Selangor Fruit Valley which developed by PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) using clear cutting technique for developing the agricultural valley. So it's is earnest desire to find how to stabilize the trigona population for future Biodiversity

Monday, February 8, 2010

MB terengganu ke Pulau Tropika

Assalamualaikum,

Penat letih semuanya ada..Tapi syukur perjalanan program di tasik kenyir berjalan dengan amat lancar sekali. Kami diberitahu MB akan datang pada hari sabtu jam 4.30 petang..So kami lebih santai pada hari jumaat.. sedang membuat jeti yang diketuai oleh Dr Jamil kami mendapat satu mesej dari askar kita iaitu zafrul..(MB kemungkinan besar akan datang petang ini)..fuhh terkejut..ingatkan hanya gurauan...tetapi itu hanya hal kecik saja..takda masalah bagi team ttk..jeti segera disiapkan..shahid,wira,hariz,shah menjadi mesin piling paling berkesan pada hari itu..tq semua...selepas makan kami cek sekali lagi trail yang akan digunakan oleh MB nanti..fuhh lawa dah..aku lak cek pokok apa yang di tanam di kawasan tue..mana lah tau MB nak tanya..pastu p kt atas sekali..alamak ada lubang la plak..kene kambus nie kata Dr Jamil..Jam 4.30 petang boat house sampai bawa 200 benih buluh madu..aku wira,shahid dan hariz mengambil peluang untuk menjadi malas mengangkat pokok..so kami naik puncak dan kambus lubang..sikit je lubangnye..tapi kambus sampai 1 jam..ngelat punye pasal...Jam 5.30 kami merasakan MB tak jadi dtg...so kami agak santai je..Tiba-tiba deruan enjin bot 25 kuasa kuda kami dengari...waduh-waduh...dia benar datang petang ini..dlm hati kami..yes sok leh balik awal..Memang benar MB datang...Dr Jamil tergesa-gesa mandi then paki baju lawa-lawa..menyambut kedatangan MB..Shahid selaku jurugambar bersiap sedia..Bertapak je MB ke Pulau Tropika terus senyum nampak gusi..fuhh mesti dia suka nie..trus je naik trail walaupun Dr Jamil Kata nak bg talk dulu..mmg pemimpin berjiwa rakyat Dato' Ahmad Said nie..Pemimpim yang kita cari...setelah habis naik trail maka Dr Jamil memberi sedikit penerangan..MB berminat sungguh dengan situasi di Pulau ini..Tq MB duit pun dah masuk...dan kami boleh buat kerja betul2

Thursday, January 28, 2010

Khasiat Madu

Assalamualaikum,

Madu! ada yang mengatakan manis ada yang mengatakan masam dan ada kalanya masin..Ya itu semuanya benar mengapa situasi ini berlaku?.Madu yang manis selalunya diperoleh dari lebah yang berada di kawasan daratan dan pergunungan. Sebaliknya kelulut menghasilkan madu yang masam, namun begitu perbezaan khasiat antara madu kelulut dan lebah masih lagi dalam kajian. Manakala madu masin pula adalah disebabkan oleh faktor sarang lebah itu sendiri. Sebagai contoh koloni lebah yang membuat sarang di kawasan perairan pantai seperti di kawasan hutan bakau, madunya terasa masin sedikit..

Tidak kisah lah lasin mahupun masam ataupun manis yang penting ianya diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai penyembuh
Firman Allah

Tafsirnya:
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Surah An-Nahl: Ayat 69

ayat ini disokong dengan..

Hadis Rasullah s.a.w.

Maksudnya:
"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

oleh itu marilah bersama mengkaji hal berkaitan madu ini..

tidak akan habis ilmu dikaji sampai mati