Monday, March 17, 2014

Biar mati anak jangan mati adat dan portugis


Ungkapan yang selalu kita dengari selalu dan di mana-mana. Bagi diriku adat yang kufahami lebih kepada nikah dan kahwin sahaja..Namun sebenarnya ia amat berbeza dari sisi pandangan datuk malek..dikhabarkan kepada ku bahawa " adat di alam melayu adalah keadilan dan kerana itulah biar anak kau mati jangan dimatikan keadilan" baru ku tahu begitu ungkapan itu..ada benarnya dari ungkapan itu apabila adat disifatkan sebagai keadilan...banyak yang perlu ku pelajari untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Sejarah adalah sesuatu yang ingin aku tahu kebenarannya..kerana ada pendapat mengatakan bahawa sejarah dibuat oleh orang yang menang. Yang kalah selalunya akan dilupakan manakala yang menang akan diangkat. Ada yang mengatakan bahawa di tanah melayu ini yang paling kejam bukanlah inggeris, jepun mahupun komunis tetapi portugis.. satu yang dilontarkan pada waktu perbincangan itu saudara ku berkata..kau lihat di bandaraya melaka..satu kawasan tamadun kesultanan yang terkenal pada abad yang lalu...pernahkan kamu ke melaka..jumpakah kamu dengan masjid yang seusia dengan tokong cina yang berada di situ...Kenapa tokong cina lebih lama usianya dari Masjid..sedangkan kesultanan melayu melaka merupakan satu kerajaan islam..

emm membuat ku terdiam apabila ditanya soalan bertubi-tubi..di tanya lagi di mana perkuburan islam di bandaraya melaka..jika ia adalah kesultanan yang hebat???emm ada betulnya pada waktu itu..takkan dikuburkan sejauh 30km??persoalan demi persoalan yang datang..kerana itu saudara ku mengatakan portugis yang lebih kejam. Diceritakan bahawa portugis menyebelih imam dan bilal di kawasan pantai dan dalam buku portugis di tanah melayu yang ditulis oleh orang mereka sendiri mengatakan pantai melaka itu kemerah-merahan..menandakan banyaknya darah yang ditumpahkan..

Dikatanya lagi apakah melaka tidak mempunyai kekuatan dari segi ketenteraan..sedangkan kita tahu bahawa banyak laksamana yang terkenal dan kuat di melaka..bagaimana jumlah kapal yang terlalu kecil boleh mengalahkan bala tentera melaka yang begitu besar..jika berkisarkan isu meriam...kita kena tahu bahawa pada ketika itu Terengganu merupakan pengeluar meriam jarak jauh di tanah melayu...apakah tanah melayu tidak berhubung sesama sendiri...isu yang hangat dan banyak yang perlu difikirkan..

Kerana itu Datuk malek sekerasnya mengatakan padaku bahawa melayu bukanlah satu bangsa yang mempunyai hasad yang sangat tinggi..tetapi satu bangsa yang tegur menegur antara satu sama lain..namun ianya banyak disalah ertikan. Kerana itu datuk malek mengatakan bahawa keadilan itu adalah adat...sambung nanti...

No comments:

Post a Comment