Monday, March 17, 2014

Datuk Abdul Malek Munip dan Lebah kelulut

Assalamualaikum,

Sejak dua bulan dahulu satu perkara yang amat meragukan apabila datangnya seorang yang sebawa dengan arwah nenek datang berjumpa saya. Terkejut apabila beliau amat berminat untuk menjalankan aktiviti penternakan lebah kelulut. Minggu demi minggu berlalu saya masih belum kenal siapakah orangnya. Hanya dengan memperkenalkan diri sebagai Pn Puteh kepada saya sebelum ini. Di satu hari amat terkejut apabila beliau memperkenalkan saya datin puteh...emmmm sudah lagi gelabah dibuat saya..seorang datin nak buat penternakan....

Selalunya apabila berjumpa dengan seseorang yang ingin bercakap berkenaan lebah kelulut saya acap kali berada di bistro kerana suasananya lebih rekreasi. Tempohari datin datang bersama suaminya yang tentulah datuk atau dato'..sepanjang perbincangan itu saya dan datin lebih kepada perbincangan lebah kelulut tetapi amat berlainan dengan datuk malek ini. Ditanya saya mengenai kisah-kisah lagu sufi dari indonesia dan juga beberapa perkataan berkenaan falsafah..pelik saya dibuatnya..siapakan datuk malek ini apa kerjanya dan apa yang dibuatnya..suspicious sungguh..dan sejak dari hari itu bila ada masa lapang aku search la sapa datuk n datin ni...

Lama kelamaan aku rasa tak jumpa pulak sapa yang di cari ni..search dalam internet pon tak jumpa..Datuk malek bila bercakap selalunya akan bercakap mengenai melayu dan pembangunan bangsa melayu..kadang-kadang diselitkan dengan politik seketika. Satu perkara yang membuat aku lebih bersemangat untuk mengetahui siapa beliau sebenarnya apabila datuk bercerita mengenai perjumpaannya bersama PM Dato Seri Najib...hanya untuk menyerahkan satu kertas kerja untuk pembangunan bangsa..PM menjemput datuk masuk berjumpa...wahhhh...kalau aku ni PM tengok di angin lalu je...Namun banyak nilai-nilai yang baik datuk ceritakn pada saya...good info for me as a new generation.

Tempohari kelulut yang ditempah datin sudah ready dan aku dengan segala kudrat yang ada menguruskan segalanya untuk kelulut tiba di rumahnya.. Sesampainya aku di rumah datuk dan datin...wahhhh cantiknya seperti memasuki kawasan istana melayu lama..amat tenang sekali..semasa mengambil lori yang memebawa kelulut ke kawasan rumah datuk,, sempat saya bertanya "Datuk dulu di UM mengajar apa?" dijawabnya falsafah ekonomi...wahhhh patutlah bahasanya sebegitu..emm semnagat inquiry di dalam ni semakin menebal untuk mengetahui siapakan datuk ini..Gaya yang cukup humble dan bersahaja membuat saya tertarik untuk mengambil tahu..

Sepanjang perbincangan bersama datuk di teratak beliau sambil minum nescafe 3 in 1 datuk sempat berseloroh " Kamu tau apa makna 3 in 1 ni ? sambil aku gelak je menggeleng kepala...dijawabnya 1 man for 3 women...hahahaha sorang lelaki mesti ada 3 isteri...emmm tetapi bila melihat gaya datuk dan datin yang amat romantik membuat aku berazam kalau panjang umor aku pon nak jadi macam depa..hahahaha..Tidak banyak yang dapat ku korek tentang siapa itu datuk..lebih pada perilakunya sahaja kerana aku dengan user behaviour ni amat rapat..tenang seketika apabila berada di suasana dusun dan rumah yang jauh dari kesibukan kota..

Sesampainya kelulut di teratak datuk aku berusaha untuk memastikan koloni itu semuanya ok...sekali tengok alamak besarnya kayu banyak plak tuh...macam mana mau angkat...perghhh...susah mcm ni..emm biarlah pekerja kan ada...hahaha..tapi nampknya datin amat berpuas hati dengan koloni. sambung apabila berbicara kembali dengan datuk...berceritakan mengenai komunis..mengenai kisah rawang dan tun mahathir..cukup bagus info ini..generasi semacam aku ini tak tau pun itu yang berlaku sebenarnya hanya menggunakan amarah sahaja dan menentang..

Hari ini tanpa di duga aku search lagi tentang datuk malek ni..dan memang jika kita berusaha akan dapat...itulah aku..if there is no struggles the is no progress...hahaha...rupanya datuk malek merupakan salah sorang ahli politik pada waktunya..emm banyak yang ku baca di dalam blog mengenainya dan ku rasakan berbeda dengan apa yang dicakapakan oleh mereka..bagi ku aku kenal siapa dia..melihat dia adalah penulis bagi ketuanan melayu membuat aku tahu dan faham apa yang ingin beliau sampaikan secara tersirat...cukup berfalsafah.. patut aku lihat dia p kedai orang kita sahaja..bagiku beliau boleh dilabelkn sebagai sejarawan..

Satu yang membuat aku tertarik apabila dia menceritakan bahawa melayu itu hebat..ungkapan ataupun frasa biar mati anak jangan mati adat dari sudut pemikiran datuk membuat aku kagum sifat kemelayuan beliau dan sayangnya beliau pada melayu.. nanti ku ceritakn lagi..

No comments:

Post a Comment