Friday, December 23, 2011

Utilization of Stingless Bee

Assalamualaikum,.. Syukur dan Alhamdulillah sebab projek yang diperjuang selama 2 tahun yang lalu telah mendapat perhatian pihak mosti.. Dapat jugak buat kerja dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang ilmu kelulut ni. Mula-mula tajuk propose domestication then kene reject tak tentu pasal..tapi orang kata kalo nak sesuatu kena usaha lebih lagi..Kalah tak semestinya kalah sampai bila-bila..ingat masa p present kt mosti dia tanya aku macam tanya budak hingusan..emmm memang la aku ni tak setanding dengan diorang yang dah ada prof n dato'...but not all knowledge in your hand...i'm specialized in kelulut only and i know it more than you..but in methodology..i failed...hahahaa Ok bajet yang mula-mula mintak 230K saja..bukan banyak pon..yela dia cakap buleh mintak sampai 500k...aku mintak la bebanyak..hahahaha dasar mata duitan..tapi yang dapat hanya 100k je..ok la tue dari tak dapat..nanti leh extend menda nie..mana tau leh dapat banyak lagi... tapi apa-apapun perkhabaran gembira ni aku sambut dengan kekalahan di MSTE...

Thursday, December 15, 2011

Technology transfer di Yan...(Kelulut)

Alhamdulillah syukur kerana berkat usaha selama ini berjaya dimanfaatkan untuk orang lain. Satu projek di bawah geran GEF telah memohon kepada aku untuk meletakkan kelulut di Yan sebagai salah satu langkah untuk menggunakan ecosystem services sebagai penyelesaian dalam membangunkan pertanian. Mungkin yang tidak tahu bahawa kelulut dari spesis (Trigona itama)
) merupakan satu spesis yang boleh di domesticated di kebun-kebun, ladang-ladang dan stable kuda-kuda..hahahaha yang ke tiga tu saja ja bagi riauuu sikit...Berbalik kepada projek ini, bagi aku ia adalah satu usaha yang baik. Dari kajian yang dilakukan oleh Dr Suri Roowi di MARDI satu penemuan yang amat menggegarkan aku rasa. Kandungan fenolic dalam madu kelulut amat tinggi berbanding dengan madu lain-lain. Aku tak heran sebab memang dah disebut dalam Al- Quran pun. Dan satu lagi penemuan yang rasanya satu dunia dah tahu iaitu kandungan flavonoids dalam madu kelulut. Seperti mana diketahui kandungan ini boleh mengubati penyakit katarak mata..(ye la kot aku pon tak test lagi,,ini orang veneuzela yang cakap) Menariknya di Yan ni adalah kawasan sekitarnya penuh dengan spesis-spesis yang disukai oleh kelulut..Sumber propolis adalah dari pokok Garcinia ke ataupun manggis.Selama ini kita tahu bahawa minuman monavi ke nama dia dibuat ubat..Minuman yang dibuat dari kulit manggis tak salah..Tetapi kelulut menggunakan resin ataupun getah dari pokok manggis ini untuk membuat propolis di dalam sarang..Menarik di sini. Namun begitu terdapat satu pokok durian di sini menjadi tempat bersarang bagi spesis Trigona thoracica( lihat gambar)..kekuningan di pintu masuk adalah kerana resin ataupun propolis yang di ambil dari pokok manggis yang terdapat di sekitar sini.. Satu lagi yang boleh aku katakan menarik sebab orang-orang di sini mempunya TK mengenai madu kelulut yang mana mereka kata ianya lebih panas..Tapi bagi aku ianya lebih masam, namun begitu orang tidak tahan akan sakit perut kalau makan..emmmm ntah la nak cakap macam mana. Thats all for today

Tuesday, December 13, 2011

Pollinator house aka Rumah pendebunga

Assalamualaikum, ini lah rumah pendebunga tempat aku bekerja siang malam..biarpun orang kata aku rilek je di sini sambil makan durian..hahaaha...ada aku kesah..ok kita formal balik.. Pada asalnya ianya telah dicetuskan oleh Dr Norowi, aku ni meneruskan je apa yang patut..Kalau lihat kecik je rumah ni..besar bilik je..namun begitu fungsinya sungguh besar..Sebagai satu pusat untuk menyelidik kelulut di sini ia juga satu sumber agen pendebunga bagi kawasan buah-buahan di sekitar kawasan.Kalau dulu durian yang ada disini hanya didebungakan oleh kelawar, kelulut sudahpun membantu sekali sebagai agen pendebunga.. Bukan nak membanggakan kelulut tetapi memang ilham untuk mendebunga itu datangnya dari Allah..Dalam Al quran telah pun di sebut sebagai arahan kepada Lebah aka kelulut. Petang-petang berderu kelulut di bunga durian..tengok gambar kalau tak percaya...kalau tak percaya ada aku kesah...hahahahahah.. Sapa-sapa nak mai boleh je..datang la, sambil-sambil boleh sedut madu kelulut...

Monday, December 12, 2011

Penternakan Kelulut

Secara khususnya penternakan kelulut telah di mulakan secara rasminya pada 2011 di MARDI, dialog mulanya "mie jom kita pecah koloni nak? aku kalo tak da geng tak brapa best nak buat" then i said ok..bermulalah satu pembaharuan di Malaysia..namum begitu ada juga suara-suara sinis di belakang yang mengatakan "emm its true?" i said come and see at pollinator house.. Serba sedikit mengenai pollinator house ataupun rumah pendebunga..mulanya hanyalah sebuah stor...tandas pun tadak..dah la atas bukit..kalo nak terkucil tatau la nak p mana..kalo jantan ok lagi tapi makcik kalu...hahah bak kata nabil lu pikir la sendri...hahahaha..emm sekarang udah besor yela setelah mengemis sana sini dapat la tandas.. Syukur sebab ada orang yang nak tolong..kalau tak..memang bertaburlah baja di gene bank durian itu...dan aku bersyukur sekali lagi sebab rumah pendebunga telah dibesarkan dengan adanya 2 bilik pegawai dan 1 bilik pengeringan...Alhamdulillah.. Berbalik pada penternakan kelulut, jenuh juga pada mulanya..kerja aku waktu tue hanya amik gambar hari-hari untuk tengok perkembangan kelulut yang telah di ternak..syukur 90% menjadi...dari hanya 15 koloni kami sudah ada 100 koloni..Tapi itu pun orang cakap aku tak buat kerja..pada aku biarlah sapi yang dapat nama..mungkin Allah nak mengajar aku lagi.. Cukup rumit untuk menternak kelulut pada mulanya,..tapi dah lama-lama senang aje yob...hehehehe... Akhir sekali tq pada semua yang terlibat...Hj Hamdan terutamanya...kita tak menang MSTE aritu takpa..nanti kita cuba lagi...belum rezeki kita lagi sekarang...mungkin kalau kita menang kita akan ujud...percaturan Allah itu lebih baik...

Thursday, December 8, 2011

Kelulut (trigona atripes)

ini namanya Trigona atripes..hari ni ada satu keadaan yang mana aku rasa perlu aku ceritakan di sini. Kenapa terlampau skeptical dengan apa yang orang buat????sebagai seorang yang bergiat dalam bidang kelulut ni aku rasa aku betul dalam semua perkara..hahahah tak la just joking..just know what i'm doing..someone ask me today..what do you mean by netted structure??then i don't know what to explain..and when i klentong2 they said "that is rain shelter la". When i ask the same questions to the expert i guess..he said that stupid answer they told to you..hahahaha...just percaya ajela they are VK7..the thing that i suppose to be geram is they condemn me about my research. In pollination industry when we compare human and insect..normally insect give the high quality..when i show it to them the said impossible..these people tak percaya apa kelebihan yang diberikan oleh Allah pada serangga..tambah lagi kelulut..takkan la manusia boleh pollinated lebih dari manusia...when i said this stingless bee can pollinated and give 744 fruit per month compared to human 465.. this is my finding...rock melon its my 2nd test actually, the first is carambola... but i'm realize maybe bukan rezeki saya pada kali ini. yang penting kena percaya percaturan Allah.

Khasiat madu kelulut

Malaysia merupakan salah sebuah negara tropika yang kaya dengan kepelbagaian spesies kelulut. Direkodkan sebanyak 33 spesies kelulut terdapat di Malaysia(Schwarz, 1939). Kelulut merupakan spesis lebah yang tidak mempunyai sengat. Namun begitu penemuan kajian terkini menunjukkan agen pendebunga sedang berkurangan, di antara beberapa sebab adalah pengurangan habitat daripada pembukaan kawasan hutan, penggunaan racun secara berleluasa dan ketidakseimbangan habitat. Penurunan kepelbagaian serangga terutamanya lebah secara tidak langsung menggugat bekalan makanan dunia amnya. Selain daripada menjadi agen pendebunga, kelulut secara tidak langsung memberi manusia faedah dari hasil yang dikutip semasa proses pendebungaan. Kajian yang dilakukan di Mardi menunjukkan kelulut boleh mendebungakan pelbagai jenis dan saiz bunga. Ini kerana morphologi kelulut itu mempunyai tiga saiz iaitu besar (Trigona thoracica), sedang (Trigona itama) dan kecil (Trigona irridepennis smith). Trigona thoracica Trigona itama Trigona irridepennis smith Bee bread ( Roti lebah), Propolis dan madu merupakan tiga daripada hasil yang boleh memberi manfaat kepada manusia. Kelulut berlainan daripada spesis lebah madu kerana ia menghasilkan lebih banyak propolis berbanding madu. Daripada kajian yang dilakukan di Mardi selain daripada nektar, kelulut juga mengambil damar pokok sebagai makanan dan juga pertahanan untuk sarang. Oleh itu tidaklah hairan jika penjagaan satu koloni kelulut lebih mudah dari lebah madu kerana sumber makanannya tidak terhad kepada nektar sahaja. Apakah itu bee bread? Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran pollen dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi. Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari HUSM telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya. Keadaannya lebih mudah dihadam berbanding polen memberikan satu lagi markah kepada bee bread ini berbanding polen. Perbandingan dengan lebah madu pula, bee bread yang dihasilkan oleh spesis kelulut ini lebih banyak serta pengambilan bee bread daripada sarang kelulut tidak akan menjejaskan koloni kelulut berbanding lebah madu yang mana akan menurunkan populasi. Selain dari bee bread propolis juga tidak ketinggalan dari segi memberikan khasiat kepada manusia. Propolis merupakan damar-damar pokok yang telah diolah oleh kelulut untuk menjadi pertahanan di dalam sarangnya. Ia digunakan untuk melindungi telur-telur kelulut selain mengelakkan musuh menceroboh masuk. Akan tetapi keadaan tekstur dan warnanya agak kelihatan menjijikkan sering dipandang serong oleh manusia oleh kerana warnanya kehitaman. Dari segi penghasilan propolis ini hanya boleh dilakukan oleh kelulut yang telah matang sahaja. Khasiat dari propolis sangat tinggi berbanding bee bread dan juga madu. Sebagai contoh green propolis yang diagungkan oleh negara Brazil yang mengatakan bahawa ia adalah propolis terbaik. Green propolis dihasilkan daripada getah pokok yang diberi nama Baccharis dracunculifolia. Seperti yang diketahui damar mempunyai bioflavonoids dan juga polifenols yang tinggi. Peranan kedua-dua khasiat ini yang mempunyai anti-oksida yang tinggi memberikan nilai tambah kepada propolis. Kajian telah dilakukan keatas propolis ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Sifat antibakteria, antifungus dan juga antivirus memberikan keistimewaan kepada produk ini dari segi perubatan. Ramai pengamal rawatan menggunakan propolis dalam menyembuhkan penyakit seperti penyakit diabetes mellitus, stroke, hepatitis, kanser, hipertensi, tuberkulosis, batu karang termasuk juga HIV/AIDS. Gambar menunjukkan bagaimana damar diambil dari pokok untuk di jadikan propolis Madu merupakan hasil yang tidak asing lagi daripada produk lebah madu, begitu juga dengan kelulut. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak 300 g/g berat kering. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid. Teknik pengekstrakan asid fenolik bebas dalam madu kelulut melibatkan pengekstrakkan menggunakan pelarut etil asetat dan analisa menggunakan alat kromatografi gas spektrometer jisim (GC-MS). Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium. Kajian ini menggunakan madu dari lebah tualang, bagaimana pula jika ianya dijalankan dengan menggunakan lebah kelulut? Mungkin ia lebih baik berikutan dari hasil perbandingan antara madu import dan juga madu lebah kelulut oleh MARDI. Dari segi ekonomi lebah kululut dapat memberi sumber pendapatan yang lumayan kepada penternaknya. Sebagai contoh di indonesia dengan memiliki 100 koloni lebah kelulut yang mana dapat dituai sebanyak empat kali setahun. Satu tuaian akan menghasilkan (2-5) kg madu, (1-2) kg bee bread dan (400-800)g propolis. Dalam satu tahun petani akan dapat meraih pendapatan sekitar RM 628-RM 1776 untuk satu koloni (Jadual 1). Jadual 1 Hasil pendapatan untuk satu koloni setahun 1 Madu = 4 kali tuai X (2-5)kg @ RM 80 RM (640-1,600) 2 Bee Bread = 4 kali tuai X (1-2)kg @ RM 75 RM (300- 600) 3 Propolis = 4 kali tuai X (0.4-0.8)kg @ RM 180 RM (288-576) Jumlah RM (628-1776) Sehubungan dengan itu dapat disimpulkan bahawa khasiat yang dibekalkan oleh lebah kelulut memberi impak yang lebih besar daripada lebah madu. Selain daripada menjadi agen pendebunga kepada kebanyakan tumbuhan ia mampu memberi sumber khasiat dan pendapatan kepada manusia.