Monday, March 5, 2012

Trigona mellina dan OAG

Assalamualaikum,

Hari ni ada meeting di thistle, smbil2 aku tgh bosan ni aku tulis la sket2 sebab nagntuk pun satu hal..baik orang dah marah kt aku, takda cita lain ka..asyik2 kelulut je..hahahaha aku peduli apa..dah aku minat aku tulis la..

Trigona mellina...nama sedap je kan tapi orang kata nama seindah rupa...memang kalo tengok dari segi morphology memang cantik..warna keorengan(betul ka ayat ni)..tapi mcm ni la slalu rupa dia...memang cantik. kalau ikut berbeza sikit sahaja dengan atripes yang mana hind tibia kehitaman. macam tu la rupanya..tapi ada satu cerita menarik masa rnd mellina ni..

Untuk mencari aku n hj hamdan ke simpang pulai..sampai ke gerai oag tu...aku tanya la "kak mana bleh saya cari pendek, jambang?" eh mana ada orang asli nama begitu(mengikut bahasa orang asli)..dia diam ja pastu..sebelah gerai tu ada sorang kakak..perghhh rambut blonde( dalam hati sejak bila org asli pandai blonde???pelik..tiba2 dia sembang dengan aku..eh cakap mcm org sabah..ayat dia yang aku tak tahan (ahhhh orang asli sekarang tidak berani, penakut masuk hutan....)hahahahahah siot je ayat dia..


nampak tak gambar mellina ni..cantik kan...ok la kot cerita aku arini...saja je nak bg hangpa kenal kelulut..nak bgtau tak semua kelulut warna hitam.....

Saturday, February 11, 2012

Spesis Kelulut Yang Baru..Unrevealed


Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita pasal satu spesis kelulut baru yang aku jumpa baru-baru ni. Dulu masa mula-mula nak kenal kelulut bukan main payah..sekarang sudah mudah sedikit. Sambungan dari post sebelum ni pasal kelulut yang aku pindah tu..Alhamdulillah berjaya dan dapat la aku tengok bila balik kampung..tapi ada satu kisah sadis yang aku nak kongsi di sini. Ada hari tu masa aku balik dari ayah aku kena bedah pak lang mai cita kat aku kata ada kelulut yang depa dah potong...aku dengan gegas trus g tengok...sedih aku tengok bila kayu dah dok dalam unggun api...opss kayu tu ada sarang....bila aku tengok ada 2 rupanya...mula-mula pakcik aku cakap dalam sarang tu ada telur semut..tapi sebenarnya telur kelulut...aku pun terus amik kereta aku n amik sarang tue wat balik...masa nak amik tu habis dia serang aku..then aku cakap omputih "relaks bro i just want to help you".....hahahaha...dan sekarang ada kat rumah aku...lepas tu lak aku baru-baru ni jumpa satu spesis baru, nak kata thoracica bukan, apicalis pun bukan...aku tatau spesis apa...


jadi la sikit-sikit aku tulis..nak cakap banyak kang payah pulak..gambar ni yang mana kelulut yang aku selamatkan...

Thursday, January 26, 2012

Kelulut (Trigona terminata) domestication


Assalamualaikum,

Pagi yang cerah membuatkan mood untuk menulis tentang kelulut lagi.Walaupun bahasa aku ni tak la nak cantik sangat tapi harap-harap faham..Cuti raya cina tahun ini berkesempatan untuk balik ke kampung. disamping merindui kampung halaman dapat juga jumpa dengan mak dan ayah..Kadang-kadang pelik jugak bila ada orang yang tak nak balik kampung jumpa mak ayah dia..apa la..sibuk lagu mana pun kena balik jumpa..Baru berkat hidup ni..

Otw balik kampung, macam biasa la jem dia hangpa semua tau..dalam berita dah keluar..habis2 kuar ikut jalan biasa, keluar tol bukit bukit tagar lalu felda sungai tengi, felda soeharto dan terus ke behrang..Alhamdulillah sampai awal jugak.Time cuti-cuti banyak betol kenduri di kampung..memang terbaik..

Baik berbalik kepada tajuk di atas. Kat rumah tok aku( sekarang rumah mak lang) ada satu sarang kelulut (terminata)..Jenuh aku dok pikir lagu mana nak amik. Nak kerat kang satu pokok tumbang. Jadi aku ikhtiar untuk buat lubang sikit. dengan bantuan pak lang boleh la aku buat sikit..tapi pelik sarang yang aku sangka ada takda kat situ..dan seterusnya aku terus potong bahagian yang reput tu..rupanya kat situ sarang dia..aduhhhh sekali aku terpotong brood dia la plak..then dengan kepakaran yang ada aku transfer kelulut dalam kotak yang aku buat..mula-mula susah jugak nak buat tapi, lama2 aku tengok ok..sampai kena aku buh sarang tu dekat tangga la nak bagi dia masuk..

2 hari aku biar kat situ..lama2 aku tengok dia masuk pastu aku bawak lari kat bawah pokok manggis..sampai sekarang aku tak tau apa jadi kat depa..aku harap Allah tolong tengokkan depa tue...bukan apa takut semut je..ada semut habis la sarang aku tu..nanti aku cerita balik apa yang jadi bila aku balik kampung tengok ....

Friday, January 20, 2012

Lebah itu apa kelulut itu apa..


Assalamualaikum,

Hari ini hari Jumaat yang mulia. Ingin saya kongsikan pendapat saya sebagai seorang yang bergiat dalam bidang ekosistem dan juga entomology.. Lebah itu apa kelulut itu apa. Ada hadis yang mengatakan bahawa jika ingin berubat makanlah madu dan baca Al quran. Saya tidak nafikan bahawa ia adalah sebaik-baik ubat. Tetapi ada sesetengah orang beranggapan bahawa madu itu hanya dari spesis lebah (Apis melifera, Apis cerana). Bila dikatakan bahawa madu kelulut itu juga sama jawapannya yang selalu kita dengar...

"eh bukan kelulut dalam Al Quran mengatakan lebah bukan Kelulut"

"Takda hadis pun cakap pasal kelulut"

Baik saya akan terangkan di sini. Dalam surah An Nahl ayat 68 (And thy Lord taught the Bee to build its cell in hills, on tree, and in (men's) habitations)

Disebut di situ adalah BEE..bermaksud lebah. Untuk menerangkan masalah ini saya akan kupas dari segi taksonomi kelulut itu. Lebah mempunyai spesis yang banyak, tidak terfikir untuk menghafal kesemua ini. Dari segi famili ada sepuluh semuanya..Banyak Bukan??? bagaimana pula dengan Genera???jawapannya 443..dari segi spesis pulak berapa banyak agaknya...beribu jawapannya.. Baik ada beberapa pengkelasan di sini yang mana disebut solitary atau pun sosial bee.. Solitary di maksudkan pada lebah dari jenis bombus ala carpenter bee..bumble bee..sosial bee pula dari jenis lebah yang mempunyai queen,pekerja dan jantan.yang mana satu sarang boleh sehingga 2000 individu.

Baik kelulut dan lebah madu tergolong dalam kumpulan sosial bee ini..Tetapi terdapat citation mengatakan bahawa kelulut adalah di bawah eusosial bee..apakah itu??tidak perlu terang rasanya..nanti kompius pulak..Baik kedua-dua family ini mengeluarkan madu yang sama. Cuma rasa agak berlainan. Selain daripada itu dari segi khasiat pula kedua-dua mempunyai nilai yang tinggi. Jadi apa masalahnya dengan madu??Kedua duanya madu..

Jika dikatakan kelulut tidak di sebut di dalam Al Quran, apa yang di maksudkan "Builts its cell in hills, on tree and in Mens habitations" Bukankah kelulut juga membuat sarang di pohon kayu, dan lebih lagi di rumah-rumah. Jadi apa pendapat anda???Tidak kah itu dinyatakan di dalam Al Quran. Dalam surah yang sama ayat ke 69 pula kita boleh kaitkan dengan kelulut juga..Bukankah kelulut itu spesis agen pendebunga juga. disebut

("then eat of all the produce (Of the earth), and find with skills in the spacious paths of its Lord: There issues from within their bodies a drink of varying colour, wherein is healing for men: verily in this is Sign for those who give thought").

Jadi adakah ia sama atau lain pada pendapat anda? Lihat gambar

Saturday, January 7, 2012

Penternakan Kelulut Siri 2

Assalamualaikum,

Syukur kerana ada yang meminati kelulut di Malaysia. Sukar untuk digambarkan bagaimana sukanya aku bila ramai orang meminati kelulut, untuk makluman pembaca team kelulut MARDI akan mengadakan pameran di HPPNK di Perak (Parit Buntar).pada minggu depan..

Baik berbalik kepada penternakan kelulut perkara yang paling asas adalah mencari sarang kelulut semestinya..setelah itu kayu itu dibelah(kelulut selalunya bersarang dalam batang pokok). Kemudian yang paling penting adalah muncung kelulut itu..jangan dibuang...then masuk dalam kotak..kan senang...untuk lebih lanjut hubungi la saya...heheheheh

Friday, January 6, 2012

Stingless bee in Taman Tropika Kenyir (Food Source)

Assalamualaikum,

The pollen collected by species of Trigona; T. atripes, and T. collina were studied at the Pulau Tekak Besar Tasik Kenyir, from January to July 2011. Pollen loads were sampled from bee baskets of forager bees returning to their colonies using a random sampling. Pollen samples were prepared for analysis by acetolysis and some of the pollen identified using the microscope. In total, 1133 pollen loads f

rom bee baskets of forager bees were identified into 33 plant species of 19 families; Damar hitam katup(Shorea balanocarpoides), Ramin(Gonystylus affinis), Resak keluang(Vatica bella), Putat(Barringtonia racemosa), Minyak berok(Xanthophyllum sp), Merawan bunga(Hopea pubescens), Melunak(Pentace macrophylla) ,Karas(Aquilaria malaccensis) ,Nyatoh(Palaqium gutta), Medang(Cinnamomum sp) ,Kayu Arang(Diospyros argentea), Balau(Shorea sp) ,Kembang Semangkuk Jantung(Scaphium macropodum), Kelat(Syzygium sp), Tulang Daeng(Callerya atropurpurea) , Meranti Rambai Daun(Shorea accuminata), Penaga Lilin(Mesua ferrea), Hampas tebu(Gironniera nervosa), Damar hitam(Shorea multiflora), Mempening(Lithocarpus wallichianus), Rengas(Gluta sp), Mahang(Macaranga gigantia), Balau tembaga(Shorea exelliptica), Meranti tembaga(Shorea leprosula), Meranti melantai(Shorea macroptera), Nipis kulit (Liindenia lauriana) ,Berangan babi(Castanopsis sp), Sesenduk(Endospermum diadenum) ,Geronggang(Cratoxylum arborescens), Meranti kepong(Shorea ovalis), Keruing mempelas(Dipterocarpus crinitus), Meranti pipit(Shorea assamica), Penarahan(Knema hookeriana), and Perah(Elateriospermum tapos). T. collina was by far the most polylectic species collecting 28 plant species, while T. atripes foraged on 25 and T. apicalis 24. This suggests that the T. collina is the most important pollinator in the forest among the three species.

Thursday, January 5, 2012

Stingless bee aka kelulut di Sabah

Assalamualaikum, Pada Disember yang lepas saya berkesempatan untuk ke negeri bawah bayu iaitu Sabah..Menarik di sini kerana tempat-tempat yang begitu mendamaikan dan suasana yang bagus. Namun begitu hasrat utama adalah untuk bercuti, bukan untuk melihat apatah lagi mencari kelulut..tapi sudah dasar meminati kelulut, jadi jika ada kelulut itu yang utama. Destinasi pertama saya menjumpai kelulut adalah di Pekan Nabalu. Pada mulanya buat-buat tak nampak je. Tapi apa kan daya rasa bersalah pulak bila tak tahu spesis apa yang ada di situ. Dengan adanya landskap bunga-bungaan yang banyak, sudah tentu menaikkan keghairahan kelulut untuk mencari nektar di situ..Antara spesis yang dijumpai adalah spesis Trigona terminata (gambar)
Trigona itama, Trigona spp...sebab tak tengok betul-betul masa ni..kecik sangat,buku id pon tak bawak...hehehehe Menariknya kerana kalau di semenanjung spesis ini berada pada kawasan yang sederhana tetapi di Sabah ia boleh berada pada ketinggian pekan Nabalu( tak tau tinggi dia berapa)..Setelah berjumpa kelulut di pekan nabalu, sekali lagi aku jumpa di kawasan zoo lok kawi..Tapi aku rasa orang mesti fikir aku ni rubbish sebab depa pelik aku dok amik gambar kelulut..ok apa sebenarnya..dah namanya pun zoo mesti la ada hidupan liar termasuklah kelulut..kan kelulut tue wild pollinator..hahahaha..Antara suara yang aku sempat dengar..ish apahal dia dok tangkap gambar besi tue..(actually masa tue ada kelulut di kawasan rail besi)..aku dok tangkap depa rasa pelik...hahahahaha...ok pa pengalaman aku sebagai pen peg hidupan liar selama setahun dah buat aku jemu tengok badak, rimau, gajah beruang etc..lain la kalo ada yang pelik2...orang utan lagi la..aku pun masa belajar dulu depa panggil budak hutan.. Berbalik pada cerita kelulut tadi..jika dilihat kelulut yang kecil di sana mempunyai corong(pintu masuk)yang besar berbeza di semenanjung yang kecil..bak kata orang kecik poket kecik la belanja..mandai ja aku...hahha...but its real..from the record i have found Sabah has one species of melipona..so thats its the mission to me to find it..hope its come true..oh yeah..(actually peninsular only has Trigona species) melipona its similar to trigona but different in some part... Thats all for to day..tulis banyak pun bukan hangpa nak baca habis..lenguh jari..hahahaha

Monday, January 2, 2012

Sejarah Kereta Api yang penting (First Railways)

Assalamualaikum, Hari ini saya nak ceritakan tentang satu pakej transborneo di Kota Kinabalu.Menarik tertarik lagi da bomb la. Bagi orang-orang yang menghargai sejarah aku rasa trans borneo adalah salah satu elemen yang perlu diorang ketahui. Trans borneo adalah satu-satunya perkhidmatan keretapi di kepulauan borneo yang meliputi sabah sarawak brunei dan kalimantan. Apa yang menariknya di transborneo ini adalah pakej keretapi cara kolonial dulu yang dipersembahkan. Para pengunjung boleh menaiki tren dari KK ke Beufort dengan menaiki keratapi cara lama iaitu menggunakan stim tak salah aku...boleh lihat gambar..Istimewa sungguh bagi negeri sabah kerana masih memulihara satu sejarah yang ulung aku rasa di Sabah ni..
Kalau di Semenanjung semestinya semua tahu( walau ada yang tak tahu )jalan keretapi yang pertama adalah di Taiping iaitu dari bandar Taiping ke Port weld..Namun begitu apa yang dibuat di Taiping tidak seperti di Sabah..Dari segi sejarah pengangkutan di Taiping ini telah di dokumentasi oleh MR Gana Raj Katharayan (member aku masa belajar) yang membuat mengenai sejarah keretapi ini. Tujuan utama adalah untuk pengangkutan dari Port Weld iaitu satu pelabuhan yang sibuk pada masa itu untuk mengangkut Bijih Timah..Dari Bukit Larut kita boleh melihat satu garis lurus dari bandar Taiping ke Port Weld ataupun Kuala Sepetang Sekarang ini.. Bagi aku kerajaan Negeri Perak perlu membuat satu usaha untuk melindungi nilai sejarah di Taiping ini..Mungkin satu trail ataupun rail keretapi perlu di buat di kawasan kuala sepetang ini. Mungkin bagi kita orang biasa tiada makna tetapi bagi penggemar sejarah mungkin mempunyai makna..Jika tidak mengapa borneo railways boleh maju dalam bidang pelancongan..Mungkin pengalaman menaiki tren old skool akan membuat pengguna lebih memahami mengenai sejarah..Baru-baru ini remaja-remaja dikatakan kurang pengetahuan mengenai sejarah..aku rasa ini lah masanya yang betul..daripada membazir duit kepada bunga api lebih baik dilaburkan dalam bidang pelancongan yang mana akan menguntungkan semua pihak... Back to the future...(satu masa ketika en gana bertemu bual dengan pakcik atan bukan nama sebenar) Antara dialog yang masih lagi teringang-ingang di telinga...("keretapi tue selalu jalan sini 2 kali sehari pagi dan petang pergi dan balik..dia punya bunyi macam nie [bubur kacang..bubur kacang bubur kacang] mengintonasikan dengan bahasa bunyi keretapi..") ini adalah satu bentuk penceritaan yang menarik bagi pakcik atan..dia juga berkata bahawa jepun pun menggunakan rail ini untuk mengeluarkan hasil-hasil kekayaan tanah melayu ke jepun pada waktu penjajahannya.. Selain daripada pakcik atan kami bertemu dengan mejar tokngah..mula-mula kami ingat orang tua ni merapu sebab dia kata dia mejar n dok berjuang bersama orang puteh...then dia cakap macam ni "well my son i hope all of you understood that this country not merdeka by word, but with my blood my strength,and army soul" terkejut kami masa tu..ingatkan dia cakap kosong rupanya betul dia tue mejar....hoohohoho dont judge a book by its cover.. Sudah kot aku merepek ni..hahahha..thats all..tangan pun dah penat..